PEKERJAAN DI MALAYSIA
Peranan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia telah bermula sejak 120 tahun
yang lalu, iaitu pada akhir abad ke-19. Bermula
dengan keselamatan dandang dan kemudiannya ke atas keselamatan jentera ini
diikuti dengan keselamatan industri, keselamatan dan kesihatan industri dan
akhir sekali meliputi aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang meliputi
semua bidang pekerjaan.
Sejarah,
peranan dan perkembangan Jabatan ini boleh dijejaskan dalam lima era.

1. Era Keselamatan
Dandang - sebelum 1914
Tugas keselamatan pekerjaan yang mula-mula
dilaksanakan di Malaysia ialah pada tahun 1878, di mana En. William Givan telah
dilantik sebagai Pemeriksa Jentera.
Beliau ditugaskan untuk memeriksa keselamatan
dandang stim yang ketika itu kebanyakannya digunakan di lombong-lombong bijih
timah.
Pada sekitar tahun 1890an, kerajaan Negeri
Perak telah melaksanakan sistem pemeriksaan oleh orang perseorangan, di mana
orang perseorangan yang mempunyai kelayakan dalam bidang dandang stim diberi
lesen perlantikan sebagai boiler surveyor
Pada tahun 1892 terdapat 83 dandang stim di
Negeri Perak. Kesemua dandang digunakan di lombong bijih timah melainkan 6 unit
yang digunakan di kilang gula. Sistem boiler surveyor telah ditamatkan pada
tahun 1900 dengan terlantiknya En. C. Finchman sebagai Inspector of Boiler.

Perundangan
dandang yang pertama adalah dipercayai di Negeri Selangor, iaitu Selangor
Boiler Enactment 1892. Manakala di Perak pula perundangan dandang stim yang
pertama dikuatkuasakan ialah pada tahun 1903.
Pada
tahun 1908 barulah kesemua Negeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai perundangan
dandang mereka masing-masing, dan kesemua pemeriksa pada ketika itu dikenali
sebagai 'Inspector of Boiler'.

Pada
1hb. Januari 1914 enakmen-enakmen dandang stim di Negeri-negeri Melayu
Bersekutu dimansuhkan dan digantikan dengan Machinery Enactment of 1913.
Dengan
berkuatkuasanya enakmen 1913 pemeriksa tidak hanya membuat pemeriksaan dandang
stim sahaja tetapi juga ke atas jentera-jentera lain, termasuklah enjin
pembakaran dalam, turbin air dan pemasangan jentera auxiliary yang
bersangkutan.
Pada
masa yang sama jawatan Inspector of Boiler juga dimansuhkan dan diganti dengan
Inspectors of Machinery and Assistant Inspector of Machinery.

Pada
tahun 1932, Machinery Enactment of 1913 telah dimansuhkan dan digantikan dengan
Machinery Enactment of 1932.
Pemeriksaan
dan pendaftaran serta pemeriksaan pemasangan telah dikuatkuasakan. Ketika itu
Pemeriksa-pemeriksa Jentera adalah di bawah pentadbiran Jabatan Galian, iaitu
di bawah cawangan Machinery.
Ini
adalah kerana pada ketika itu jentera-jentera kebanyakannya tertumpu di sektor
perlombongan yang mana merupakan perusahaan utama pada waktu itu.

Cawangan
Machinery berada di bawah Jabatan Galian sehingga 1952. Cawangan Kejenteraan (Machinery)
telah dipisahkan daripada Jabatan Galian dan ditukarkan nama kepada Jabatan
Kejenteraan. Pemisahan ini adalah perlu kerana kebanyakan pemeriksaan telah
berkembang luar daripada industri perlombongan.
Pada
tahun 1953, kesemua enakmen kejenteraan yang dipakai di Negeri-negeri Melayu
Bersekutu dan Tidak Bersekutu serta Negeri-negeri Selat telah dimansuhkan dan
digantikan dengan Machinery Ordinace 1953.
Dengan
penguatkuasaan Ordinan 1953 ini, peranan Pemeriksa tidak lagi tertumpu kepada dandang
atau keselamatan jentera tetapi juga meliputi keselamatan pekerja di
kilang-kilang di mana jentera-jentera tersebut digunakan.

Ordinan 1953 masih mempunyai
kekurangan dalam aspek-aspek kesihatan pekerja walaupun terdapat peraturan-peraturan
keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di bawah ordinan tersebut, tetapi
tidak dikuatkuasakan sepenuhnya.
Peruntukan-peruntukan
utama ordinan-ordinan tersebut adalah seperti berikut:
maka
hendaklah ditubuhkan suatu Lembaga Pemeriksa dengan kuasa-kuasa mengendalikan
pemeriksaan dan kelulusan sijil-sijil perakuan kebolehan;
maka peraturan-peraturan boleh dibuat;
maka
jentera-jentera tidak boleh dijalankan tanpa sijil perakuan kelayakan; maka
orang yang disahkan sahaja boleh mengendalikan jentera;
maka jentera-jentera hendaklah diperiksa dari
semasa ke semasa;
maka kebenaran dari Pemeriksa hendaklah
diberi sebelum jentera diperlesenkan atau diubah;
maka
semua kemalangan kepada orang atau harta benda bersangkut paut dengan jentera
hendaklah dilaporkan dan disiasat;
maka
tiada sesiapapun boleh membuat kelakuan yang boleh mengakibatkan kecederaan
kepada yang lain atau menggunakan alat keselamatan;
maka jentera-jentera yang tidak mematuhi
peraturan tidak dibenarkan dijual atau dipinjamkan atau disewakan; dan
maka
Pemeriksa diberi kuasa-kuasa untuk memasuki tempat-tempat dan memberhentikan
jentera-jentera yang tidak selamat.

Sehingga
1964 terdapat 786 dandang stim, 4537 pengandung tekanan tak berapi, 981 mesin
angkat dan 11,366 pepasangan lain.
Kakitangan
Jabatan Kejenteraan ketika itu terdiri dari 10 Pemeriksa, iaitu Jurutera
Mekanikal, 5 Penolong Pemeriksa terdiri daripada pemegang Diploma Kejuruteraan
dan 9 Pemeriksa kilang (Juruteknik).

Pada
tahun 1967, Akta Kilang dan Jentera telah diluluskan oleh Parlimen. Selain
daripada itu penyusunan semula Jabatan telah dijalankan pada penghujung tahun
1960an di mana tanggungjawab dan fungsi pemeriksa, kaedah pentadbiran dan
sistem fail telah disusun semula disamping penutupan pejabat-pejabat cawangan
kecil di Rawang, Taiping, Tapah, dan Muar.
Pada
tahun 1970 Akta Kilang dan Jentera serta lapan peraturan-peraturan yang dibuat
di bawahnya dikuatkuasakan. Dengan berkuatkuasanya Akta ini, Ordinan
Kejenteraan 1953 telah dimansuhkan dan nama Jabatan pula ditukar kepada Jabatan
Kilang dan Jentera.
Pemeriksa-pemeriksa
yang menguatkuasakan Akta tersebut bergelar Pemeriksa Kilang dan Jentera. Akta
ini digubal untuk mengatasi kekurangan-kekurangan yang terdapat pada Ordinan
Kejenteraan 1953, iaitu dari segi skop liputan ke atas pekerja, di mana para
pekerja di tempat kerja yang tiada penggunaan jentera telah juga dilindungi.

Peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan kesihatan
industri telah diperlengkapkan.Secara umumnya, Akta ini telah digubal untuk
memperuntukkan piawaian minimum bagi keselamatan, kesihatan dan kebajikan
pekerja di tempat kerja yang mempunyai 5 orang pekerja atau lebih dan di semua
premis di mana jentera digunakan, termasuklah di kilang-kilang, tapak-tapak
kerja binaan bangunan dan kerja binaan kejuruteraan.
Akta
ini cuma berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia sehinggalah pada tahun 1980
apabila pemakaiannya diperluaskan ke Sabah dan Sarawak. Sehingga tahun 1968,
Ketua-ketua Pemeriksa adalah terdiri daripada rakyat British berbangsa
lnggeris.
Pada
tahun 1968 jawatan Pemeriksa di Jabatan Kejenteraan telah sepenuhnya diisi oleh
anak tempatan. Tahun 1968 juga menyaksikan penubuhan seorang Pegawai Perubatan
dan Pengawasan unit ini telah dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Kejenteraan.
Unit tersebut tidak kekal lama di bawah Kementerian Buruh dan telah diletakkan
di bawah pentadbiran Kementerian Kesihatan pada tahun 1971.

Era
ini juga menyaksikan pewujudan beberapa aktiviti serta bahagian yang penting
seperti tertubuhnya Bahagian Mencegah Pencemaran pada tahun 1971; penubuhan
Unit Industri Hygiene pada tahun 1975 dan penaikan tarafnya kepada Bahagian
Industri Hygiene pada tahun 1980;
Permulaan
aktiviti Keselamatan Petroleum dengan tertubuhnya Bahagian Keselamatan
Petroleum pada tahun 1985; bermulanya aktiviti pemeriksaan khas bagi mencegah
kemalangan besar industri; aktiviti latihan keselamatan dan kesihatan industri
pada tahun 1987 dengan bantuan kepakaran daripada Pertubuhan Buruh Antarabangsa
(ILO); penubuhan Pusat Kebangsaan bagi Maklumat Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (C.l.S) pada tahun 1988; dan penubuhan Bahagian Major Hazards pada
tahun 1991. Akta (Langkah-langkah Keselamatan)

Petroleum
telah dikuatkuasa pada tahun 1984 dan penguatkuasaannya dibuat oleh beberapa
agensi kerajaan. Jabatan Kilang dan Jentera menguatkuasakan peruntukan-peruntukan
akta yang bersangkutan dengan penghantaran petroluem melalui talian paip,
pangagihan dan penyimpanan petroleum serta peralatan perkakasan yang berkaitan.
Peraturan-peraturan (Langkah-langkah Keselamatan) (Pengangkutan Petroleum Melalui
Talian Paip) 1985 telah dikuatkuaskan sepenuhnya oleh Jabatan ini.
Dengan
tanggungjawab baru ini pemeriksa-pemeriksa kilang dan jentera telah juga
diwartakan sebagai Pemeriksa Petroleum.

Cadangan
untuk mengadakan sebuah Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara
telah dikemukakan oleh Jabatan Kilang dan Jentera kepada Majlis Penasihat
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan pada tahun 1985. Kabinet telah
meluluskan penubuhan institut ini pada tahun 1991 dan pelancaran rasminya telah
dibuat oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia pada bulan Disember 1992.
Institut
ini adalah sebuah syarikat di bawah tanggungan kerajaan dan penubuhannya
bermatlamat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti latihan; pengumpulan dan
penyebaran maklumat, kajian dan pembangunan dalam bidang keselamatan dan
kesihatan pekerjaan.

Satu
bengkel kebangsaan mengenai pembangunan strategi maklumat keselamatan dan
kesihatan pekerjaan telah diadakan pada 26 - 28hb April 1993 anjuran bersama
Jabatan Kilang dan Jentera, Asia-OSH dan Petubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
Matlamat
mengadakan bengkel ini adalah untuk mewujudkan satu rangkaian maklumat
berkaitan dengan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan supaya pertukaran
dan penyebaran maklumat akan dapat dibuat dengan lebih berkesan. Sejak
penyusunan semula Jabatan pada tahun 1969, banyak perubahan telah berlaku
disebabkan oleh pertumbuahn pesat ekonomi negara dan juga ia disebabkan oleh
penguatkuasaan beberapa peraturan yang dibuat dibawahnya.

Penyusunan semula Jabatan juga adalah perlu memandangkan
kepada perubahan dasar Jabatan dari segi penguatkuasaan perundangan keselamatan
dan kesihatan pekerjaan, iaitu peluasan skop perlindungan para pekerja dan
penggalakkan falsafah pengaturan kendiri di mana matlamat, fungsi,
tanggungjawab dan pendekatan Jabatan adalah berubah.
Penggubalan
Akta yang baru juga memerlukan penyusunan semula organisasi Jabatan setelah 20
tahun berfungsi menurut organisasi yang lama yang tidak lagi sesuai untuk
menangani isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan semasa. Jawatankuasa
petugas penyusunan semula yang telah ditubuhkan pada 1991 telah mengemukakan
dua kertas kerja kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk pertimbangan iaitu
kertas kerja menaikkan taraf jawatan Ketua Pemeriksa Kilang dan Jentera dan
timbalannya dan kertas kerja cadangan penyusunan semula struktur organisasi
Jabatan Kilang dan Jentera Malaysia.
Bermula
daripada tahun 1992 gred jawatan Ketua Pemeriksa ialah Jawatan Tertinggi C dan
Timbalan Ketua Pemeriksa pula menjawat gred Jawatan Tertinggi D. Penyusunan
semula Jabatan telah dipersetujui oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan 108
jawatan baru telah diwujudkan. Struktur baru Jabatan telah mula berkuatkuasa
pada 1hb Januari 1993.

Perundangan
baru Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan diperbuat pada tahun 1994. Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) telah mendapat kelulusan
Parlimen pada 1993 dan telah diwartakan pada Februari 1994.
Perundangan
ini diperbuat kerana memandangkan Akta Kilang dan Jentera 1967 hanya meliputi
keselamatan dan kesihatan pekerjaan di sektor perkilangan, perlombongan; dan
penguarian dan pembinaan, yang mana keselamatan dan kesihatan pekerja di sektor
industri-industri lain tidak diliputi.
Pekerja-pekerja
yang terlibat di bawah Akta Kilang dan Jentera 1967 hanyalah 24% daripada
jumlah tenaga kerja, manakala Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
merangkumi sejumlah 90% daripada tenaga kerja dan akta ini hanya mengecualikan
pekerjaan atas kapal dan angkatan tentera.

Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 adalah bertujuan untuk memupuk dan
menggalakkan kesedaran keselamatan dan kesihatan di kalangan pekerja-pekerja
dan juga mewujudkan organisasi dan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan
yang berkesan.
Ini
dilaksanakan melalui skim-skim pengaturan kendiri yang disesuaikan dengan
industri atau organisasi yang berkaitan. Akta ini, yang mengandungi 15
bahagian, adalah langkah pembolehan yang bertindih di atas undang-undang
keselamatan dan kesihatan sedia ada seperti Akta Kilang dan Jentera 1967.

Prinsip
pertama ialah self- regulation atau pengaturan kendiri. Untuk menangani
perkara-perkara berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, pihak
majikan perlu membangunkan satu sistem pengurusan yang baik dan kemas. Bermula
dengan mengadakan satu polisi keselamatan dan kesihatan untuk
pekerja-pekerjanya, pihak majikan perlu mengadakan satu perkiraan atau
arrangement yang baik untuk dilaksanakan.
Prinsip
kedua ialah perundingan atau consultation, iaitu pihak majikan, pekerja dan kerajaan
perlu berunding untuk menyelesaikan isu-isu dan masalah-masalah berkaitan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat-tempat kerja.
Prinsip
ketiga ialah kerjasama atau co-operation, iaitu pihak majikan dan pihak pekerja
perlu bekerjasama untuk menjaga, memelihara dan meningkatkan mutu keselamatan
dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja. Tanpa kerjasama di antara majikan dan
pekerja tiada satu pun program-program keselamatan dan kesihatan yang
dilaksanakan akan berjaya.

Akta
ini juga memperuntukkan perlantikan pegawai-pegawai penguatkuasa, penubuhan
Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, pembentukan polisi dan
penyusunan langkah-langkah untuk melindungi keselamatan, kesihatan dan
kebajikan orang-orang yang sedang bekerja dan orang-orang lain daripada bahaya
yang timbul daripada aktiviti orang-orang yang sedang bekerja.
Kuasa
untuk penguatkuasaan dan penyiasatan, serta libiliti untuk kesalahan-kesalahan
juga dinyatakan dengan jelas.
Dengan
kelulusan akta ini mulai April 1994 Jabatan Kilang dan Jentera dikenali sebagai
Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan Pemeriksa dikenali
sebagai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

•
Pengilangan
•
Perlombongan dan penguarian
•
Pembinaan
•
Pertanian, perhutanan dan perikanan
•
Kemudahan - gas, elektrik, air dan perkhidmatan
kebersihan
•
Pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi
•
Perdagangan borong dan runcit
•
Hotel dan restoran
•
Kewangan, insuran, harta tanah dan perkhidmatan
perniagaan
•
Perkhidmatan awam dan pihak berkuasa berkanun

SEJARAH OSHA DI MALAYSIA
Keselamatan Pekerjaan diperkenalkan oleh Jabatan Kilang dan
Jentera dari Kementerian Sumber Manusia berikutan insiden letupan
kilang mercun Bright Sparkler di Sungai
Buloh yang berlaku pada 1991. Ketika berlakunya kejadian tersebut,
berpuluh-puluh pekerja terperangkap dan seramai 26 orang terkorban di dalam
insiden tersebut.
Selepas 1994, Sebuah akta ditubuhkan dan diberi nama Akta
Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan. Jabatan Kilang dan Jentera mula
menguatkuasakan akta ini dan seterusnya nama jabatan tersebut ditukar kepada
Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan.

No comments:
Post a Comment