BAB 3



PENUBUHAN JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN



( AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 )
Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996


PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG SEKSYEN 30
Tiap-tiap majikan hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan di tempat kerja mengikut seksyen ini jika :
(a) terdapat empat puluh orang atau lebih diambil kerja di tempat kerja; atau
(b) Ketua Pengarah mengarahkan penubuhan jawatankuasa sedemikian ditempat kerja

DEFINITION OF SAFETY AND HEALTH COMMITTEE
“ A group of responsible people COMMITTED in their all out effort to provide a safe and healthy workplace “

 OBJEKTIF
  1. Meningkatkan perundingan dan kerjasama diantara pihak pengurusan dan pekerja dalam memperbaiki tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja
  2. Menyediakan saluran perhubungan dua hala bagi sebaran maklumat berhubung dengan isu-isu
  3. keselamatan dan kesihatan 
  4. Meningkatkan minat dan motivasi semua kumpulan pengurusan dan pekerja dalam keselamatan dan kesihatan di tempat kerja


 KOMPOSISI

PENGERUSI
- Majikan atau pengurus yang diberikuasa

SETIAUSAHA
- Pegawai Keselamatan dan Kesihatan

WAKIL PENGURUSAN
- Pengurus Bahagian / Pengarah

WAKIL PEKERJA
- Wakil dari setiap bahagian dan proses







 PERLANTIKAN AHLI

PENGERUSI
- Majikan, atau
- Pengurus yang diberikuasa

SETIAUSAHA
- Dilantik oleh majikan, atau
- Pemilihan dikalangan AJK

WAKIL PENGURUSAN
- Dilantik oleh majikan
- Min. 2 orang

WAKIL PEKERJA
- Dipilih oleh pekerja, atau
- Dilantik oleh majikan
- Min. 2 orang

 [ Per. 8 ]
Perwakilan pekerja mencukupi Wakil-wakil pekerja dalam JKK hendaklah dapat mewakili pelbagai
bahagian tempat kerja

 KEKOSONGAN
Sekiranya berlaku kekosongan di kalangan anggota, kekosongan itu hendaklah diisi oleh seseorang yang dilantik dengan cara yang sama sebagaimana anggota  jawatankuasa terdahulu telah mewujudkan kekosongan tersebut

 FUNGSI JAWATANKUASA ( MENGIKUT AKKP 1994 )
Menyemak langkah-langkah keselamatan dan kesihatan di tempat kerja Menyiasat apa-apa perkara berhubung  dengan keselamatan dan kesihatan yang dibawa untuk perhatian pihak majikan

 FUNGSI TERPERINCI JAWATANKUASA
1. Membantu dalam pembangunan peraturan dan sistem
2. Membantu dalam pembangunan dan penyemakan program
3. Menjalankan analisis kejadian kemalangan dan statistik
4. Menyemak dan mencadangkan pindaan ke atas Polisi Keselamatan dan Kesihatan
5. Menjalankan pemeriksaan dan mencadangkan langkah-langkah kawalan
6. Menjalankan siasatan segera keatas semua kemalangan dan mencadangkan langkah-langkah pembaikkan
7.  Menyiasat semua aduan berhubung dengan tindakan merbahaya dan mencadangkan langkah-langkah pembaikkan
8. Membantu dalam pembangunan program galakan dan latihan
9. Membincangkan laporan dan perkara yang dikemukakan oleh
Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan lain-lain pegawai penguatkuasa
10. Menasihat majikan mengenai perkara yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan

 TATACARA MESYUARAT

  • Jawatankuasa perlu membentuk prosidur mesyuarat dan garispanduan sendiri
  •  Kekerapan mesyuarat :
          - Tertakluk kepada jenis risiko di tempat kerja
          - Sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk tempat kerja yang berisiko tinggi
          - Sekali setiap tiga bulan untuk lain-lain tempat kerja 
  • Korum
           - Pengerusi + Setiausaha + ½ Keahlian
  •  Agenda dan minit :
          - Agenda dan kertas perbincangan diedarkan lebih awal
          - Minit mesyuarat diedarkan dengan segera ( 2 minggu selepas mesyuarat)
  • Kemudahan bermesyuarat : 

         - Bilik mesyuarat yang sesuai disediakan
         - Kemudahan dalam bilik mesyuarat

 PENYIASATAN ADUAN
  1. Majikan hendaklah mengada dan menyenggara satu sistem komunikasi untuk membolehkan pekerja membuat aduan mengenai perkara yang memudaratkan keselamatan dan kesihatan orang di tempat kerja
  2. Majikan hendaklah melayan aduan dan mengambil langkah segera untuk menghapus atau mengurangkan risiko
  3. Jika majikan tidak dapat menunaikan kewajipannya seperti di para 2, pekerja atau majikan boleh merujuk kepada jawatankuasa
  4. Jawatankuasa hendaklah menyiasat aduan dan menyediakan laporan kepada majikan
PENYELESAIAN ADUAN 


  1. Majikan hendaklah melaksanakan setiap cadangan yang dibuat oleh jawatankuasa
  2. Jika tidak dapat melaksanakan cadangan, hendaklah menyampaikan alasannya kepada jawatankuasa
  3. Jika jawatankuasa tidak bersetuju dengan alasan majikan, jawatankuasa hendaklah membuat permintaan kepada Ketua Pengarah untuk menjalankan pemeriksaan dan
    meyelesaikan perkara itu
  4. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan dalam dua salinan kepada Ketua Pengarah
  •            Laporan pemeriksaan dan siasatan
  •            Cadangan jawatankuasa kepada majikan
  •           Apa-apa dokumen dan keterangan material

 [ Per. 7 (3) ]
Majikan tidak boleh mendenda seseorang anggota jawatankuasa dengan apa-apa cara kerana tidak hadir untuk menjalankan kerja biasa semasa menjalankan fungsi jawatankuasa



 PENYINGKIRAN ANGGOTA JAWATANKUASA

Jawatankuasa boleh menyingkir anggota jika :
a) gagal hadir mesyuarat tiga kali berturut-turut
b) tak sempurna akal
c) bankrap
d) tidak lagi bekerja di tempat kerja
e) disabitkan dengan apa-apa kesalahan oleh
Mahkamah
f) tidak berupaya menunaikan kewajipan


 KEWAJIPAN UNTUK MEMASTIKAN PENGETAHUAN ASAS DAN FUNGSI JAWATANKUASA

Majikan hendaklah mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan bahawa anggota
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan mempunyai kefahaman dan pengetahuan asas tentang fungsi-fungsi jawatankuasa di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994


 PENALTI
Denda tidak melebihi LIMA RIBU RINGGIT
( RM 5000 )
Penjara tidak lebih ENAM (6) BULAN
atau keDUA-DUAnya sekali



No comments:

Post a Comment